Jiangsu Gongtang Chemical Equipments Co., Ltd. Jiangsu Gongtang
  • 
  • Laman Utama
  • Mengenai Kami+
    • Profil Syarikat
    • Lawatan Syarikat
    • Sijil-sijil
    • Pameran
  • Produk +
  • Perkhidmatan & Sokongan
  • Industri-Industri
  • Kes-kes
  • Hubungi Kami
  • Video-video
  • Laman Utama
  • Produk
  • Reaktor Berlapis Kaca

Reaktor Berlapis Kaca

Glass Lined Reactor

Bejana tindak balas tahan kakisan untuk aplikasi kimia, farmaseutikal dan industri

Reaktor Berlapis Kaca

Reaktor berlapis kaca ialah bejana tekanan tahan kakisan yang digunakan secara meluas dalam proses kimia, farmaseutikal, makanan, pewarna dan industri lain. Dengan menggabungkan kekuatan keluli dan kestabilan kaca, reaktor meningkatkan prestasi dalam proses seperti pencampuran, hidrolisis, emulsifikasi, peneutralan dan penghabluran.

  • Julat kapasiti: 50 – 80,000 L
  • Tekanan maksimum: sehingga 16 bar (atmosfera hingga tekanan tinggi)
  • Julat suhu operasi: –19 °C hingga 200 °C
  • Piawaian: CE/JIS/ASME/GB

Permukaan dalaman keluli reaktor disalut dengan enamel kaca dan dileburkan pada suhu tinggi, membentuk lapisan licin dan tahan lasak yang melekat kukuh pada permukaan. Melalui rawatan suhu tinggi berulang (sekitar 900 °C), lapisan ini memperoleh ketahanan terhadap haus, haba, kejutan terma dan kakisan, sambil memastikan permukaan dalaman yang licin untuk memudahkan pembersihan dan penyelenggaraan.

Reaktor berlapis kaca tersedia dalam pelbagai spesifikasi, dengan pilihan reka bentuk tersuai untuk memenuhi keperluan proses tertentu. Pengaduk boleh ditambah mengikut proses, memberikan fleksibiliti bagi menangani pelbagai keperluan pengeluaran.

Reaktor Berlapis Kaca Jenis Terbuka
Reaktor Berlapis Kaca Jenis Terbuka

Reaktor berlapis kaca dihasilkan dengan menyembur serbuk kaca kaya silika pada permukaan dalaman bejana keluli. Bejana kemudian dibakar pada suhu tinggi sehingga kaca melekat kukuh pada keluli dan membentuk lapisan komposit yang tahan lasak.

Selanjutnya
Reaktor Berlapis Kaca, Jenis Tertutup
Reaktor Berlapis Kaca, Jenis Tertutup

Reaktor berlapis kaca jenis tertutup sering digunakan dalam industri kimia, petrokimia, farmaseutikal, pewarna, makanan, dan racun perosak, kerana sektor-sektor ini memerlukan ketahanan kakisan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

Selanjutnya
Reaktor Berlapis Kaca dengan Jaket Gegelung Separa Paip
Reaktor Berlapis Kaca dengan Jaket Gegelung Separa Paip

Reaktor berlapis kaca dengan jaket gegelung separa paip digunakan secara meluas dalam industri kimia, petrokimia, farmaseutikal, pewarna, racun perosak dan makanan.

Selanjutnya
Peralatan Berlapis Kaca Disahkan GMP dengan Pelapisan Keluli Tahan Karat
Peralatan Berlapis Kaca Disahkan GMP dengan Pelapisan Keluli Tahan Karat

Kami mereka bentuk dan menghasilkan peralatan berlapis kaca disahkan GMP dengan pelapisan keluli tahan karat untuk memenuhi keperluan ketat pengeluaran farmaseutikal.

Selanjutnya
Peralatan Berlapis Kaca Bukan Standard
Peralatan Berlapis Kaca Bukan Standard

Peralatan berlapis kaca enamel putih
Reaktor fotokatalitik berlapis kaca dengan pelbagai nozel

Selanjutnya
Ciri-ciri
  • Reaktor berlapis kaca disediakan dalam saiz standard metrik dan imperial. Diameter, ketinggian, ketebalan dan parameter lain boleh disesuaikan mengikut keperluan proses.
  • Susun atur nozel mengikuti reka bentuk standard, namun saiz dan susunannya boleh diubah suai untuk memenuhi keperluan operasi.
  • Pengaduk boleh dipilih daripada beberapa jenis, termasuk rangka, sauh, pemutar, hidrofoil atau bilah condong, bergantung pada keperluan pencampuran dan tindak balas.
  • Reaktor boleh dilengkapkan dengan jaket konvensional, jaket gegelung separa paip atau tanpa jaket jika proses tidak memerlukannya.
  • Lapisan enamel boleh dihasilkan menggunakan pelbagai jenis untuk menyesuaikan keperluan proses. Tempoh jaminan antara 9 hingga 18 bulan bergantung pada jenis enamel yang digunakan.

Apakah komponen utama reaktor berlapis kaca jenis terbuka dan apakah fungsinya?

Reaktor berlapis kaca jenis terbuka terdiri daripada beberapa komponen penting: badan bejana, penutup boleh tanggal, gasket pengedap dan pengapit. Gasket pengedap diperlukan untuk membentuk kedap antara penutup dan badan, manakala pengapit memegangnya dengan kukuh supaya reaktor kekal tertutup rapat dan selamat semasa operasi.

Bagaimanakah tekanan reka bentuk berbeza mengikut haedah pengdedapan?

Tekanan reka bentuk dalaman bergantung pada kaedah pengedapan. Dengan pengedap jenis packing, bejana dinilai pada 0.2 MPa. Dengan pengedap mekanikal, tekanan reka bentuk boleh mencapai 0.4 MPa atau sehingga 1.0 MPa bergantung pada konfigurasi.

Apakah ciri struktur khas pada reaktor berlapis kaca jenis tertutup untuk memudahkan operasi dan penyelenggaraan?

Beberapa model reaktor berlapis kaca dilengkapi dengan penutup manhole buka cepat dan dwi-manhole untuk memudahkan akses bagi pemeriksaan dan penyelenggaraan. Penutup direka dengan bebibir kimpal-padu (butt-welded) bagi memberikan sambungan yang lebih kukuh serta memudahkan pemasangan komponen tambahan, menggabungkan ketahanan dengan kemudahan penggunaan.

Reka bentuk jaket manakah yang memberi pemindahan haba lebih baik untuk media pemanas atau penyejuk jenis cecair: konvensional atau gegelung separa paip (half-pipe coil)l?

Untuk media pemanas atau penyejuk jenis cecair, jaket gegelung separa paip biasanya memberikan prestasi pemindahan haba yang lebih baik. Kawasan efektifnya lebih kecil, kira-kira satu pertiga kurang daripada jaket konvensional, tetapi kadar alirannya dua hingga tiga kali lebih tinggi. Dalam jaket gegelung separa paip, aliran lebih laju membantu mengelakkan masalah biasa dalam jaket konvensional seperti pemindahan haba tidak sekata atau pembentukan mendapan, menjadikan pemanasan lebih sekata dan operasi lebih stabil.

Apabila reaktor beroperasi dengan air penyejuk, reka bentuk jaket yang manakah membantu mengurangkan masalah kakisan?

ket gegelung separa paip disyorkan. Air penyejuk selalunya mengandungi ion seperti H⁺ dan Cl⁻ yang boleh mempercepatkan kakisan. Dalam jaket konvensional, mendapan boleh terkumpul dan memburukkan keadaan. Aliran lebih laju dalam jaket gegelung separa paip mengurangkan pembentukan mendapan dan risiko kakisan dinding.

Adakah reaktor berlapis kaca gegelung separa paip memenuhi syarat pensijilan untuk dieksport ke Kesatuan Eropah?

Ya. Reaktor berlapis kaca jenis ini diperakui CE untuk Kesatuan Eropah, dan turut mematuhi piawaian Jepun JIS, kod ASME Amerika Syarikat dan piawaian JB China. Dengan pensijilan tersebut, ia memenuhi sepenuhnya keperluan pematuhan untuk eksport ke pasaran EU.

Produk
  • Reaktor Berlapis Kaca
    1. Reaktor Berlapis Kaca Jenis Terbuka
    2. Reaktor Berlapis Kaca, Jenis Tertutup
    3. Reaktor Berlapis Kaca dengan Jaket Gegelung Separa Paip
    4. Peralatan Berlapis Kaca Disahkan GMP dengan Pelapisan Keluli Tahan Karat
    5. Peralatan Berlapis Kaca Bukan Standard
  • Tangki Penyimpanan Berlapis Kaca
  • Kolum Berlapis Kaca
  • Penukar Haba Berlapis Kaca
  • Pengering Kon Berkembar Berlapis Kaca
  • Aksesori
  • Sistem Proses Bersepadu
  • Peralatan Proses Tahan Kakisan
Mencari peralatan berlapis kaca tahan kakisan?
Mencari peralatan berlapis kaca tahan kakisan?

Kami mereka dan membina reaktor, tangki serta sistem proses mengikut keperluan pengeluaran anda. Hubungi kami untuk mendapatkan penyelesaian yang sesuai.

Hubungi Kami
Jiangsu Gongtang Chemical Equipments Co., Ltd. Jiangsu Gongtang
Pengilang Peralatan Berlapis Kaca
Pautan Pantas
  • Mengenai Kami
  • Lawatan Syarikat
  • Sijil-sijil
  • Pameran
  • Perkhidmatan & Sokongan
  • Kes-kes
  • Video-video
Produk
  • Reaktor Berlapis Kaca
  • Tangki Penyimpanan Berlapis Kaca
  • Kolum Berlapis Kaca
  • Penukar Haba Berlapis Kaca
  • Pengering Kon Berkembar Berlapis Kaca
  • Aksesori
  • Sistem Proses Bersepadu
Hubungi Kami
chrisz.jsjjgt@outlook.com
+86-523-89110022
+86-15861003636