Jiangsu Gongtang Chemical Equipments Co., Ltd. Jiangsu Gongtang
  • 
  • Laman Utama
  • Mengenai Kami+
    • Profil Syarikat
    • Lawatan Syarikat
    • Sijil-sijil
    • Pameran
  • Produk +
  • Perkhidmatan & Sokongan
  • Industri-Industri
  • Kes-kes
  • Hubungi Kami
  • Video-video
  • Laman Utama
  • Perkhidmatan & Sokongan
  • Pemasangan, Pengoperasian dan Penyimpanan
  • Perkhidmatan
  • Pemasangan, Pengoperasian dan Penyimpanan
  • Prestasi Kaca GT88
Pemasangan, Pengoperasian dan Penyimpanan Peralatan Berlapis Kaca
Pemasangan Peralatan Berlapis Kaca
1. Pengangkutan dan Pengendalian yang Selamat

Apabila mengangkut peralatan berlapis kaca tanpa pembungkusan, daya hanya boleh dekenakan pada lug pengangkat (lifting lugs). Pastikan penyambung (coupler),pengapit (clamps),serta komponen lain yang mudah terdedah tidak menerima sebarang tekanan. Peralatan tidak boleh digulingkan atau digerakkan menggunakan kangkang besi (crowbar), kerana tindkaan tersebut boleh menyebabkan kerosakan serius. Penting juga untuk mengelakkan hentakan,getaran kuat, dan perlanggaran semasa proses pengendalian.

Pengangkutan dan Pengendalian yang Selamat
2. Pengangkatan dan Pemindahan (Hoisting and Lifting)

Semasa mengangkat peralatan berlapis kaca, tali dawai mesti dipasang,pada titik yang ditetapkan,seperti nozel jaket atau lug tangki.Cincin pengangkat pada penutup tangki direka khas untuk menanggalkan penutup sahaja, dan tidak boleh digunakan untuk mengangkat keseluruhan bejana. Peralatan hendaklah sentiasa diangkat dengan lancar dan diturunkan dengan perlahan, sambil memastikan ia tidak berlanggar atau bersentuhan dengan objek lain sepanjang proses pengendalian.

Pengangkatan dan Pemindahan (Hoisting and Lifting)
3. Pemeriksaan Pra-Pemasangan (Pre-assembly Inspection)

Sebelum kerja pemasangan dimulakan, pemeriksa hendaklah memasuki bejana dengan memakai kasut beratapak lembut dan bersih bagi mengelakkan sebarang kerosakan pada lapisan kaca. Di dalam bejana, periksa dengan teliti bahawa permukaan kaca berada dalam keadaan sempurna, tanpa retakan, calar atau sebarang kecacatan lain yang boleh menjejaskan prestasi operasi.

Pemeriksaan Pra-Pemasangan (Pre-assembly Inspection)
4. Pemasangan Bebibir (Flange Mounting)

Bolt bebibir mesti diketatkan secara beransur-ansur dan sekata. Lakukan penguncian secara silang (diagonal),mengetatkan bolt dalam pasangan untuk mengaguhkan tekanan secara seimbang.Jangan sekali-kali mengetatkan bolt pada satu sisi sepenuhnya,kerana tekanan tidak sekata boleh menyebabkan lapisan kaca retak atau menghasilkan tegasan tersembunyi yang memendekkan jangka hayat peralatan.

Pemeriksaan Pra-Pemasangan (Pre-assembly Inspection)
5. Pemasangan Pengapit (Clamp Installation)

Periksa semua pengapit terlebih dahulu untuk emmastikan ia tidak rosak dan mencukupi bialngannya. Semasa pemasangan, letakkan pengapit pada jarak yang sekata dan ketatkan denagn kekemasan yang seragam. Kedudukan yag betul dan ketegangan yang seimbang adalah penting untul menjamin operasi yang selamat dan pengedapan (sealing) yang boleh depercayai dalam jangka masa panjang.

Pemeriksaan Pra-Pemasangan (Pre-assembly Inspection)
6. Pemasangan Pengaduk (Agitator Installation)
  • a. IPersediaan Awal (Initial Setup)
    Letakkan alas perlindungan lembut pada bahagian bawah bejana,kemudian letakkan pengaduk di atasnya.Naikkan penutup tangki ke kedudukan yang sesuai dan pasang meterai (seal) pada aci pengaduk.Selepas itu, angkat pengaduk dan sambungkannya kepada aci keluaran (output shaft) pengurang. Kukuhkan sambungan dengan nat pengunci (check nut) dan bolt pengunci (checkbolt).
  • b. Penjajaran dan Ujian (Alignment and Testing)
    Laraskan aci pengaduk dan meterai supaya mempunyai kesejajaran sepusat (concentricity) dan kevertikalan yang betul mengikut spesifikasi teknikal. Putarkan aci secara perlahan dengan tangan terlebih dahulu. Ia mesti bergerak dengan lancar dan tanpa halangan. Hanya setelah keadaan ini disahkan,barulah motor boleh dihidupkan.
Pemasangan Pengaduk (Agitator Installation)
7. Pemilihan Gasket (Gasket Selection)

Pemilihan gasket bergantung pada media proses, jenisnya, kepekatannya,dan suhu operasi. Bahan gasket dan kaedah penggunaannnya mestilah sesuai dengan keperluan proses. Pada masa ini, kami membekalkan beberapa pilihan berikut:

  • Gasket aebestos berlapis PTFE
  • Gasket asbestos berlapis PTFE dengan keluli tahan karat beralun
  • Gasket tanpa asbestos berlapis PTFE dengan keluli tahan karat beralun
  • Gasket getah berlapis PTFE
Pemilihan Gasket (Gasket Selection)
8. Pengelasan (Welding)

Penyambungan secara pengelasan pada permukaan luar bejana berlapis kaca adalah dilarang. Apabila pengelasan pada diperlukan, harus digunakan dengan nozel,lug, atau sokongan diperlukan pengelasan elektrik harus digunakan dengan penyejukan yang betul.Pengelasan gas adalah terlarang dengan ketat.Jika pengelasan perlu dilakukan berhampiran dengan lapisan kaca,pastikan untuk menutup lapisan kaca dan nozel. Ini akna melinguninya daripada percikan api dan sanga pengelasan, kerana sebarang percikan kecil bleh menyebabkan kerosakan dengan mudah.

Pengelasan (Welding)
Garis Panduan Pengoperasian Peralatan Berlapis Kaca (Operating Guidelines for Glass Lined Equipment )

Apabila menggunakan peralatan berlapis kaca,perkara berikut harus sentiasa dipatuhi:

  • Pastikan tiada alat logam atau objek keras lain yang jatuh ke dalam bejana. Walaupun sedikit hentakan boleh merosakkan lapisan kaca dengan menyebabkan pecahan atau retakan.
  • Jangan masukkan bahan panas ke dalam tangki sejuk atau bahan sejuk ke dalam tangki panas. Perubahan suhu secara mendadak boleh mencipta tegasan dalaman yang boleh memendekkan jangka hayat bejana.
  • Apabila mengoperasikan bejana berjaket, selalu tingkatkan tekanan dan suhu secara beransur-ansur. Mulakan dengan membekalkan stim pada tekanan sekitar 0.1MPa dan kekalkan selama 15 minit untuk memastikan bejana paans secara sekata. Setelah itu, tingkatkan tekanan dan suhu langkah demi langkah sehingga mencapai tahap operasi yang normal. Sebagai peraturan umum, tekanan tidak boleh meningkat lebih daripada 0.1MPa setiap 10 minit.
  • Pemanasan dan penyejukan mesti sentiasa berada dalam julat yang selamat.Peralatan berlapis kaca kami direka untuk suhu operasi antara 0 hingga 200 ℃, denga toleransi kejutan terma sebanyak 120 ℃ dan toleransi kejutan sejuk 110 ℃. Sekirannya operasi di luar had ini diperlukan, ia mesti dinyatakan dalam kontrak pesanan supaya kami boleh mereka bentuk peralaltan yang sesuai dengan keadaan tersebut.
  • Asid tidak boleh dimasukkan de dalam jaket.Hubungan antara asid dan keluli di bawah lapisan kaca boleh mengahasikan hidrogen, yang boleh menyebabkan kegagalan lapisan.
  • Sekiranya injap pelepasan atau saluran paip tersumbat, bersihkan dengan perlahan menggunakan alat bukan logam. Jangan pukul injap atau paip.
  • Jangan gunakan alat perkakasan untuk membersihkan bahagian dalam tangki. Sebarang sisa pada permukaan dalma tangki harus dibersihkan dengan segera dan sepenuhnya untuk mengelakkan kerosakan pada lapisan kaca.
Penyimpanan yang Betul untuk Peralatan Berlapis Kaca (Proper Storage of Glass Lined Equipment)

Peralatan berlapis kaca sebaiknya disimpan di dalm bangunan,di gudang atau kemudahan yang dilindungi. jika penyimpoanan luar tidak dielakkan, perlindungan yang sesuai terhadap hujan dna lekembapan mesti disediakan.Di kawasan yang mengalami musim sejuk yang dingin,semua air di dalam tangki,jaket, dan seluran paip harus dikosongkan sepenuhnya sebelum suhu beku tiba. Ini mengelakkan lapisan kaca daripada retak disebabkan pengembangan ais. Semasa penimpanan, juga penting untuk mengelakkan sentuhan dnegan onjek keras. Goresan, geseran, atau impak boleh merosakkan permukaan kaca dan menjejaskan keandalan jangka panjang peralatan berlapis kaca.

Ada soalan atau perlukan penyelesaian?

Hubungi kami hari ini untuk penyelesaian teknologi berlapis kaca.

Perlukan bantuan?
Profil Syarikat Profil Syarikat
Manufacturing Lawatan Syarikat
Sijil-sijil Sijil-sijil
Pameran Pameran
Peralatan Berlapis Kaca
Reaktor Berlapis Kaca
Reaktor Berlapis Kaca
Tangki Penyimpanan Berlapis Kaca
Tangki Penyimpanan Berlapis Kaca
Kolum Berlapis Kaca
Kolum Berlapis Kaca
LIHAT LAGI
Jiangsu Gongtang Chemical Equipments Co., Ltd. Jiangsu Gongtang
Pengilang Peralatan Berlapis Kaca
Pautan Pantas
  • Mengenai Kami
  • Lawatan Syarikat
  • Sijil-sijil
  • Pameran
  • Perkhidmatan & Sokongan
  • Kes-kes
  • Video-video
Produk
  • Reaktor Berlapis Kaca
  • Tangki Penyimpanan Berlapis Kaca
  • Kolum Berlapis Kaca
  • Penukar Haba Berlapis Kaca
  • Pengering Kon Berkembar Berlapis Kaca
  • Aksesori
  • Sistem Proses Bersepadu
Hubungi Kami
chrisz.jsjjgt@outlook.com
+86-523-89110022
+86-15861003636